hanya laman web ini
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA CIKGU DAN PENDIDIK SELURUH NEGARA. | | Kabinet: Khairy, Paul Low, Waythamoothy masuk, MCA, Gerakan dan Noh Omar keluar. | | Kabinet: Barisan pertahanan Najib hadapi Mahathir, Muhyidin dan Anwar. | | Kabinet: Saya nak tunggu apa komen Mahathir, kata Mahfuz Omar. | |

| Print |

Mengapa 4 tahanan ISA enggan jumpa peguam?

Anis Nazri, 13 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Keengganan empat tahanan ISA menemui para peguam, semalam menimbulkan satu teka-teki apakah punca mereka bersikap demikian.

Sedangkan, dua daripada mereka sebelum ini selalu berkongsi keadaan mereka dan tahanan lain ketika siri lawatan para peguam ke Kem Tahanan Kamunting.

Peguam Sivamalar Genapathy, berkata keengganan keempat-empat tahanan itu bertemu peguam bagaikan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam sana.  Kebiasaannya, mereka selalu menemui kami. Tapi kali ini, kami dimaklumkan pihak kem, keengganan mereka itu adalah dari mereka sendiri.  Namun, kami syak ada sesuatu di sebaliknya, tetapi tidak tahu apa sebabnya," tegas beliau pada sidang media Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), di Dewan Himpunan Cina, pagi tadi.

Tambah beliau, hasil lawatan LFL semalam, pihaknya berjaya menemui tujuh orang tahanan bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang keadaan mereka.

Salah seorang tahanan, Shamsudin Ali sepatutnya dibebaskan pada 17 Ogos lalu, namun ditarik balik kerana dikatakan terlibat dengan mogok lapar, sebelum ini.

Manakala, seorang lagi tahanan, Razali Kasan yang telah berusia dan menghidap penyakit batu karang, masih ditahan di kem berkenaan tanpa penjagaan rapi seperti yang dikehendaki pihak hospital.

"Beliau pernah dipukul oleh seorang pegawai kem, dan kemudiannya dibawa ke hospital. Pegawai terbabit dikatakan memohon maf kerana mengasari beliau, di samping beliau dinasihatkan untuk menjaga pemakanan.  Malangnya pihak kem tidak melakukannya, malah tahanan terpaksa membeli makanan sendiri di kantin," kata seorang lagi peguam, Farida Mohammad.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan gerakan massa terus dilakukan bagi memastikan semua tahanan ISA yang masih dikurung di Kemta dibebaskan serta-merta.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla