hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

| Print |

Teguran PBB: Impian terlaksana bila PR perintah

Harakahdaily, 12 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Apabila pelapor Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi, ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kerajaan selama ini.

 

“Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor.

 

Barangkali, ujarnya Maina sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut.

 

Selama ini, katanya serangan bertali arus melalui media dihalakan ke arah penganjur himpunan sebelum dan selepas perhimpunan seolah-olah mereka adalah penjenayah besar yang perlu dimusuhi oleh seluruh rakyat jelata.

 

Bahkan, kata beliau mereka juga dilayan umpama pengkhianat negara yang mahu merosakkan negara.

 

Menurutnya, menganjurkan perhimpunan aman seperti Bersih 3.0 dianggap suatu kesalahan besar yang menyalahi undang-undang negara, sedangkan di sisi PBB dan negara-negara lain yang subur demokrasinya menganggap ia adalah suatu perkara biasa.

 

“Teguran Mainai Kiai sepatutnya diberi perhatian penting oleh kerajaan. Baginya dalam sebuah demokrasi yang aman, kerajaan berperanan memastikan perjalanan demokrasi berlangsung dengan baik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Katanya lagi, kerajaan tidak wajar menyekat mana-mana individu atau organisasi untuk mengadakan himpunan aman atas tujuan tertentu yang tidak menyalahi undang-undang.

 

Tambahnya, tidak juga menyalahkan penganjur dengan tindakan yang keras hanya semata-mata ada segelintir peserta yang mencetuskan provokasi dan suasana huru-hara.

 

“Menyekat himpunan aman yang dianjurkan rakyat adalah tindakan rejim yang zalim dan korup dan hanya pemimpin diktator sahaja menyekat rakyat berhimpun secara aman,” kata beliau.

 

Selain itu, ujar Riduan kerajaan juga perlu memberikan ruang seluasnya untuk rakyat menyatakan rasa hati mereka melalui perhimpunan aman.

 

Beliau berkata, dengan laluan yang diberikan, lokasi ditentukan, kerjasama erat pasukan keselamatan serta trafik yang dimudahkan, perhimpunan aman di negara ini akan berlangsung dengan jayanya tanpa sedikitpun darah dan air mata rakyat tumpah.

 

“Jika ini berlangsung dengan  baik, tidak mustahil wakil PBB dalam tahun mendatang akan memuji tindakan kerajaan yang penuh demokratik.

 

“Mungkin kesemua impian ini akan terlaksana tatkala Pakatan Rakyat memerintah negara ini kelak,” ujarnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla