Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

| Print |

Penoreh gesa media dedah harga getah semasa

Mohd Sabri Said, 29 Ogs 2012

BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.


Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.


Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.


"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.


Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna  hasil pentadbiran BN.


Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.


Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.


"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh  di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

 

“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla