hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

Sekat pembunuhan di Myanmar untuk kestabilan

Harakahdaily, 10 Ogs 2012

PULAU PINANG: Dialog Antara Agama untuk Keamanan Asia Tenggara menyeru supaya kerajaan Myanmar memberhentikan segera pembunuhan umat Islam di negeri itu.



(Dr Mujahid dalam sidang media pagi ini)

 

Dalam sidang media mereka hari ini, Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof  menyeru supaya diberhentikan pembunuhan di Myanmar kerana ia akan merebak menjadi konflik yang akan melibatkan seluruh asia tenggara.

Asean juga didesak supaya campurtangan atas nama kemanusiaan supaya pembunuhan ini diberhentikan segera.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung South East Asia Inter religious Dialogue for Peace Prof Shahrin Harahap.

Beliau menyeru supaya kerajaan Mynmar mengamalkan keterbukaan bagi membuka ruang hubungan damai antara agama dapat digerakkan bagi mengelak konflik berterusan.

Dalam sidang akhbar itu organisasi serantau itu turut menyeru supaya laluan aman diberikan kepada NGO untuk memberi bantuan kepada pelarian yang tersepit antara konflik berdarah ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla