hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

Saleh Man lawat pesakit sempena 'Ziarah Ramadhan'

Mohd Sabri Said, 09 Ogs 2012


PERMATANG PAUH:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datouk Saleh Man meluangkan masa selama bertemu pesakit dalam rangka 'Ziarah Ramadhan' sekitar  Dun yang diwakilinya serta Hospital Seberang Jaya semalam.

Beliau yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Puau Pinang (MAIPP) ditemani Penolong Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Khairi Ghazali sempat bertemu untuk menyumbangkan dua buah kerusi roda kepada dua orang pesakit.

Mereka ialah Encik  Abu Bakar Saad (berkerusi roda gambar atas) yang mengidap kencing manis di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh dan Mohd Said atau lebih dikenali sebagai 'Mat Toy' di kalangan sahabat seperjuangan.

Mat Toy (gambar kanan) dimasukan ke hospital akibat kemalangan langgar lari awal Ogos lalu ketika pulang dari bertemu rakan sekitar jam 3.30 pagi berhampiran Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor.

Beliau patah tulang bahu dan kaki kiri dan kini dimasukan semula ke wad 3 Hospital Seberang Jaya setelah mendapati masih ada yang perlu dirawat ekoran kecederaan
bahagian tangan.

Mustahil bagi sesiapa tidak mengenali 'Mat Toy' sebab kelibatnya sering kelihatan di mana sahaja Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah.

Mat Toy yang berkahwin dengan Puan Rohani Mat Isa dikurniakan tujuh orang anak amat memerlukan sumbangan orang ramai kerana beliau bukan orang senang sebaliknya menginfakan seluruh hidupnya untuk perjuangan.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan kewangan bolehlah menghubungi isterinya ditalian 0174498471 untuk bertanya khabar atau terus ke akaun MayBank miliknya 157447043333.

Semasa melawat pesakit di hospital, Datuk Saleh sempat menziarahi beberapa orang pesakit lain termasuklah seorang pekerja yang sering kelihatan mengawal lalu lintas di Sekolah Kebangsaan Juara, Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Encik Mohd Saleh Mohd Isa  yang baru dua malam dimasukan ke wad 7 kerana kencing manis.

Diakhir lawatan rombongan sempat pula bertemu dengan mantan Pengarah Majlis Tindakan Dun Permatang Pasir, Haji Mansor Said yang dimasukan ke wad kerana masalah yang sama dan Encik Abdul Rahim Bakar.

 

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla