hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | Kenaikan gaji 3 kali ganda untuk pemimpin kerajaan Sarawak sangat tidak wajar. | | MIC dicabar tinggalkan BN ekoran perlantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri. |

| Print |

MPK teruskan operasi ke atas rumah urut

Harakahdaily, 31 Jul 2012

KLANG: Sebuah premis rumah urut haram yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks disita dalam satu serbuan di Bandar Botanic di sini.

 

 

Ketika serbuan,terdapat dua pelanggan dan tiga pekerja warga asing dari Thailand dan Myanmar manakala pemilik premis bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa di situ.

 

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, operasi yang diadakan adalah hasil risikan dan maklumat orang ramai serta pemantauan berterusan pihaknya terhadap premis-premis rumah urut khususnya sekitar kawasan ini.

 

“Antara barangan yang disita ialah tilam, bantal dan langsir serta tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.

 

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang ditetapkan majlis  terutama berkaitan premis rumah urut,” katanya.

 

Andry berkata, rumah urut berkenaan dipercayai menawarkan tiga pakej kepada pelanggan antaranya urut batin, B2B dan perkhidmatan seks dan bayaran sekitar RM135 sehingga RM168.

 

Menurutnya, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar kepada undang-undang dan majlis sentiasa mengalu-alukan aduan dan pendapat daripada orang awam bagi tujuan pencegahan.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla