hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | Kenaikan gaji 3 kali ganda untuk pemimpin kerajaan Sarawak sangat tidak wajar. | | MIC dicabar tinggalkan BN ekoran perlantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri. |

| Print |

NGO cadang boikot sambutan Hari Kemerdekaan

Harakahdaily, 28 Jul 2012

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencadangkan rakyat negara ini memboikot smbutan Hari Merdeka tahun ini kerana didakwa dicemari oleh kepentingan politik kepartian Umno BN.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tema hari kebangsaan ‘Janji Ditepati’ yang diambil daripada tema Jelajah BN adalah secara jelas mempolitikkan sambutan Hari Kemerdekaan pada kali ini.

Sedangkan katanya, sambutan Hari Kemerdekaan adalah hak seluruh rakyat negara ini merentasi batasan politik kepartian mahupun agama dan bangsa.

“Lebih baik sekiranya regim (Umno-BN) terus menggunakan tema ‘Undilan BN’ sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

“Oleh itu kami menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sejak kerajaan mengumumkan menjadikan tema kempen BN 'Janji Ditepati' sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini, pelbagai pihak tampil menempelak tindakan yang didakwa terdesak itu.

Bukan sahaja tema, malah turut dipertikai rekabentuk logo sambutan yang didakwa terkebelakang dari sudut rekabentuknya dan tidak sepadan dengan perkembangan teknologi semasa.

Semalam juga, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat turut mengajak rakyat untuk bersama-sama memberi cadangan tema baru bagi menggantikan tema Janji Ditepati itu.

Malah tinjauan atas talian yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menunjukkan 86 peratus rakyat bersetuju tema Hari Kebangsaan itu ditukar.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla