Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

| Print |

Air: Agenda tersembunyi tidak panggil Selangor?

Harakahdaily, 24 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Tindakan jawatankuasa kabinet yang tidak memanggil wakil kerajaan Selangor dalam perbincangan isu air di negeri itu dilihat tidak beretika dan seolah-olah ada agenda tersembunyi.

 

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad berkata, seharusnya wakil kerajaan Selangor dijemput sama berbincang sekiranya kerajaan Umno BN telus dalam menjaga kebajikan rakyat.

 

Justeru, ujarnya tindakan kerajaan Selangor yang ingin mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dilihat sebagai suatu langkah yang bijak dalam mengatasi kemelut yang melanda kini.

 

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh usaha kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syabas.

 

“DPPWP juga menyokong agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatannya,” kata ketuanya,.

 

Bagi DPPWP, ujar beliau Syabas yang merupakan syarikat konsesi air tunggal di Selangor dan WP telah gagal dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.

 

Dalam satu kenyataan, kata beliau cadangan Syabas untuk mencatu air kepada rakyat Selangor dan WP ini dilihat sebagai tidak masuk akal.

 

Katanya, berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh wakil kerajaan Selangor ke kesemua 33 loji rawatan air menunjukkan bahawa bekalan air adalah mencukupi.

 

“Bagaimanakah mungkin catuan ingin dilaksanakan sedangkan bekalan air sememangnya mencukupi?

 

“Sudah pastilah catuan air tersebut akan mengakibatkan kesusahan dan kerumitan kepada warga Selangor dan WP,” ujarnya lagi.

 

Syabas juga, kata Kamaruzaman dilihat telah menjadi satu lagi kuda tunggangan Umno BN kerana tanpa segan silu telah mengugut kerajaan Selangor untuk melaksanakan Projek Loji Langat 2.

 

Tambah beliau, umum mengetahui projek Loji Langat 2 merupakan projek dana politik Umno BN.

 

Kamaruzaman berkata, seandainya Syabas mampu menguruskan air dengan cekap, maka projek itu bukan menjadi suatu keperluan lagi.

 

Menurutnya, kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 bernilai RM8.65 bilion.

 

“Duit siapakah yang akan dikorbankan jika bukan duit rakyat semata-mata?” tanya beliau

 

Menruut beliau, sudah pastilah sekiranya projek itu dilaksanakan, program air percuma kepada rakyat Selangor tidak dapat diteruskan.

 

DPPWP juga, ujar Kamaruzaman melihat tindakan kerajaan Umno BN yang beria-ia mempertahankan pembinaan Loji Langat 2 ini semakin jelas mengesahkan perkara ini.

 

Katanya, Umno BN dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan dana walau apa cara sekalipun.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla