PAS Tasek Gelugor sasar miliki bangunan baru
| Mohd Sabri Said, | 24 Jul 2012 |

(Di bangunan inilah pejabat PAS Tasek Gelugor akan ditempatkan)
TASEK GELUGOR: PAS Kawasan Tasek Gelugor menyasarkan tempuh empat bulan untuk para ahli dan penyokong parti merealisasikan impian untuk mendapatkan sebuah bangunan pentadbiran di Taman Merbau Jaya, Sungai Dua dengan harga RM223 ribu.
Demikian kata Yang Dipertuanya, Ustaz Khalid Man semasa berucap dalam majlis perasmian kutipan dana tabung pembangunan PAS Kawasan Tasek Gelugor di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora semalam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
"Memiliki sebuah bangunan sendiri memang menjadi hasrat PAS Kawasan Tasek Gelugor sejak beberapa tahun lalu," kata Khalid (gambar).
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan, Haji Zahadi Mohamad berkata, ahli PAS kawasan seramai 3600 orang boleh menyumbangkan seberapa jumlah wang yang termampu.
"Tidak mustahil ia menjadi kenyataan sekiranya semua pihak bekerja keras memastikan kesetiaan ahli PAS dan kesungguhan mereka terus kuat, " katanya yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Sungai Dua.
Segala sumbangan bolehlah diberikan kepada wakil yang dilantik atau masukan terus ke akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) di nombor 07-043-01-103157-4.
Untuk keterangan lanjut sila hubunginya di talian 0195073828 samada untuk pengesahan dan sumbangan wang ringgit.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

