Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai di Masjid UIA
| Harakahdaily, | 24 Jul 2012 |
Hasil daripada pertemuan itu:-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.
Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya:
1. Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.
2. Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.
Oleh itu, kami akan:
1. Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
2. Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3. Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.
4. Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 petang di Masjid UIAM Gombak.
Oleh hal yang demikian, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian. Terima kasih.
Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh:
• Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
• Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
• Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
• Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
• Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
• Qutub Shah, Myanmar
• Muhammad Sayed, Myanmar
• Hassan AbuOmar, Palestin
• Ummi Kalsom, Vietnam
• Muhammad Andi Piadani, Indonesia
• Tami Astie Ulhiza, Indonesia
• Yan Mary, Cambodia
Tarikh: 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433H)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

