Penduduk Matau Jengka wajar diberi hak milik
| Basiron Abdul Wahab, | 21 Jul 2012 |
BANDAR JENGKA: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penduduk Matau, Jengka layak diberi hak milik kerana mereka telah mendiaminya lebih dari 30 tahun.
Berucap dalam satu majlis penerangan di Matau, dekat sini baru-baru ini beliau berkata, adalah tidak wajar penduduk Matau didera tanpa bekalan air dan elektrik apatah lagi mereka mendiami kawasan bandar.
Malah, satu ketika dulu mereka memberi khidmat kepada penduduk bandar Jengka, di situlah pusat komersil awal selain Rantau Perintis.
Penduduk di situ adalah peneroka awal kawasan berkenaan, lama sebelum Majlis Daerah Marah (MDM) wujud.
Menurut Tuan Ibrahim semasa menjadi Adun Jengka 1999-2004 dahulu, beliau telah menyentuh isu Matau dan ketika itu penduduk Matau tidak ada menerima notis supaya mengosongkannya.
Notis mengosongkan Matau hanya diterima penduduk apabila BN menang pada 2004 dan Matau akan dibangunkan sebagai pusat komersil oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Mentiga Corporation yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno.
Menurut beliau, Jengka adalah bandar unik kerana dikuasai peniaga Melayu dan peniaga Melayu di sini belum mampu bersaing dengan para peniaga lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

