hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.

| Print |

PRU13: Golongan muda mesti buat perubahan

Muhammad Faizal, 20 Jul 2012

SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata golongan muda menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah parti pada Pilihan raya Umum akan datang.

Beliau membuatkenyataan tersebut pada debat yang bertajuk 'PRU13: Orang Muda Pilih Siapa' anjuran Sinar Harian semalam.

Menurutnya lagi, golongan muda merupakan 30 hingga 32 peratus populasi rakyat negara ini.

Malahan, katanya 4.6 juta pengundi muda menepati hampir 50 peratus jumlah pengundi berdaftar.

"Pelbagai istilah diberikan kepada generasi muda dan kesemua mereka ini merupakan golongan celik maklumat.

"Asas utama kesedaran mereka kepada dunia politik adalah kepada bentuk maklumat yang disampaikan," katanya.

Tambahnya lagi, persepsi politik golongan muda bukan sekadar menjadi pemerhati tetapi telah menolak politik perkauman serta politik sempit dalam sesebuah negara.

"Anak muda secara terang menolak politik lapuk, korupsi dan fitnah dan ini berlaku di Singapura apabila jatuhnya sesebuah parti itu kerana kebangkitan anak muda.

"Anak muda menjadi pemangkin kepada kebangkitan dan kejatuhan sesebuah parti dan kita akan melihat kegemilangan anak muda dalam menentu siapa yang memerintah di sesebuah negara," sambungnya lagi.

Tambahnya, tsunami kebangkitan anak muda telah berlaku pada pilihanraya 2008 yang mana memperlihatkan kemerosotan sokongan Umno-BN pada pilihanraya tersebut.

"Kebangkitan anak muda begitu ketara pada 2008 yang mana kita melihat penolakan mereka terhadap Umno BN sehingga menafikan majoriti 2/3 di Parlimen.

"Pilihanraya yang ke-13 kali ini akan menyaksikan sekali lagi kebangkita mereka dalam menentukan siapa pilihan mereka," jelas Nasrudin lagi.

Sambungnya lagi, anak muda harus membuat perubahan pada pilihanraya nanti dan mereka harus mencari siapa yang boleh mendengar suara mereka serta melakukan perubahan kepada suatu yang lebih baik.

"Senario sekarang Pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan besar dari sebuah politik rasuah, kroni kepada suatu yang lebih baik jika dibandingan pemerintahan Umno Barisan Nasional," tambahnya lagi.

Sementara itu, moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya sebelum bermula program debat itu turut menyatakan bagaimana berlakunya kebangkitan anak muda dan debat golongan muda hari ini.

Bagaimanapun, katanya golongan tua perlu tampilkan diri untuk turut debat bersama.

"Golongan muda sangat penting pada pilihan raya kali ini dalam menentukan siapa pemerintah.

"Kesanggupan golongan muda membuat perubahan dan juga para pendebat hari ini, maka debat yang akan datang perlu disambut oleh pendebat golonganm tua pula," katanya yang turut disambut tepukan dari penonton.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mewakili Umno pada majlis itu.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla