Felda: Kerajaan mesti dengar tuntutan rakyat
| Hazayani Zakaria, | 14 Jul 2012 |

(Antara sepanduk yang dinaikkan sempena Himpunan Oren)
KUALA LUMPUR: “Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ.
Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman.
(Mazlan menunjukkan memo yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung)
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya berkata suara rakyat suara keramat.
"Suara ini sudah ditindas sejak sekian lama. Isa Samad mesti dengar suara rakyat hari ini," ujarnya.
Perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan itu kira-kira jam 2.15 petang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

(Sebahagian dari puluhan ribu yang menyertai perhimpunan Oren)

(Orang ramai memenuhi jalan raya menuju Istana Negara)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

