hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

| Print |

Pemuda PAS minta kerajaan tutup kedutaan Syria

Harakahdaily, 13 Jul 2012

PUTRAJAYA: Satu memorandum bantahan terhadap kezaliman reji Bashar al-Assad telah dihantar oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Kementerian Luar di Wisma Putra, di sini, semalam.

 

Memorandum tersebut bertujuan mengutuk perlakuan zalim kerajaan Syria ke atas rakyatnya.

 

Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi berkata, memorandum itu adalah untuk mendesak kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan tegas terhadap kezaliman rejim pemerintahan Bashar al-Assad dan kerajaan Syria.

 

“Kami melihat kezaliman yang dilakukan oleh Bashar al-Assad telah melampaui batas kemanusiaan kerana membunuh ribuan rakyat negaranya tanpa belas kasihan," ujarnya.

 

Sebelum ini, Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari negara Asean dan mencapai beberapa resolusi antaranya adalah mengutuk dan menyatakan bantahan secara tegas dan keras ke atas kezaliman yang berlaku di Syria oleh rejim Bashar al-Assad.

 

Justeru, ujarnya Pemuda PAS meminta agar kerajaan Malaysia menutup Kedutaan Syria di Malaysia dan menghantar pulang duta besar Syria di Malaysia.

 

“Kami juga mahu kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam [OIC] agar segera bersidang dan membincangkan isu ini secara serius sekaligus menghentikan kezaliman ini dari terus berlaku.

 

“Manakala kerajaan Malaysia perlu menyuarakan pandangan rasmi yang menolak sebarang campur tangan dari pihak luar terutamanya Amerika dan sekutunya," kata beliau lagi.

 

Beliau ditemani Penolong Setiausaha 2 dan 3, Ustaz Syed Abdul Kadir dan Yusapiza Yaacob.

 

Memorandum tersebut diterima oleh wakil Kementerian Luar, Abdul Samad Othman dan Datuk Norhaidi Che Dan selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Luar.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla