PAS Selangor arah ahli, pemimpin ke Himpunan Oren
| Saidah Hairan, | 10 Jul 2012 |
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS di setiap kawasan menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda pada Sabtu, 14 Julai ini.Himpunan aman bermula selepas menunaikan solat zuhur di masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 2 petang.
Beliau mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS Kawasan-kawasan memakai baju berwarna oren tanda sokongan sokongan terhadap bantahan tersebut.
"Program ini merupakan kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat serta menyokong perjuangan Anak untuk membebaskan peneroka Felda daripada terus ditipu," katanya.
Tambah beliau, bantahan itu juga terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Menurut beliau, PAS Selangor mesti menyatakan sokongan terhadap bantahan penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan akan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
"Saya ingatkan ahli dan pimpinan PAS kawasan datang awal ke Masjid Wilayah bagi menggelak tergendala," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

