Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

| Print |

1,000 jalan-jalan untuk royalti

Rizal Tahir, 10 Jul 2012

(Berarak untuk menuntut royalti di bandar Kota Bharu)

 

KOTA BHARU: Lebih 1,000 orang menyertai program Walk For Royalti anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) baru-baru ini.

Program yang diadakan pada sebelah petang itu bermula di TM Point dan seterusnya menuju ke beberapa buah jalan lain seperti sekitar setesen Bas SKMK, Hotel Raudah dan sekitarnya.

Sambil berarak, mereka turut menyebarkan risalah berhubung tuntutan royalti untuk memberi kesedaran pada masyarakat Kelantan bahawa ianya wajib dituntut kerana ianya hak mereka.

Antara spanduk yang dibawa oleh anak muda Kelantan, ‘Mahasiswa Menyokong Tuntutan Royalti’, 'Kenapa Daratkan Gas Kelantan ke Songkla 227 kilometer dan Kertih 330 sedangkan Kota Bharu hanya 140 kilometer sahaja’, ‘Dapat Royalti Pendidikan Percuma’, spanduk dalam tulisan bahasa Mandarin, (Ambil hak orang macam hak sendiri, itu namanya pencuri) dan lain-lain lagi.


(Simbul R menjadi kebanggaan untuk ditunjukkan oleh rakyat Kelantan sekarang)



Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Muhammad Hisyamuddin Ghazali, ketika memberitahu Harakahdaily, berkata selepas ini Walk For Royalti akan diadakan di peringkat jajahan bermula Jajahan Kota Bharu dan seterusnya Bachok.

Sambungnya, antara tujuan jalan-jalan ini dibuat untuk menyampaikan mesej pada Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan Petronas, bahawa royalti itu hak milik rakyat Kelantan.

Sambungnya, ianya bertujuan untuk menyatakan tuntutan lima peratus itu yang kini berjumlah RM7 bilion waib diserahkan pada kerajaan negeri.

“Walk ini diadakan juga kerana media arus perdana menyekat tuntutan  pihak kami sebagai penganjur termasuk kerajaan negeri,”ujarnya.

Hisyamuddin seterusnya berkata, paling penting jalan-jalan ini sebagai tanda protes rakyat terhadap isu penafian hak royalti dan pendaratan minyak dan gas ke negeri ini oleh kerajaan Malaysia.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla