hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

Rumah Timbalan Pengerusi DHPP dipecah masuk

Khairil Abdul Rahim, 28 Jun 2012

JERANTUT: Kediaman Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam di Taman Bukit Pedah, dekat sini, dipecah masuk semalam.

 

Menceritakan peristiwa tersebut, Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi selepas 10 minit beliau meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.

 

Menurutnya, anaknya telah diacu parang di leher oleh perompak terbabit dan mengalami sedikit kecederaan sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan.

 

“Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan. Beg sandang yang digunakan untuk kerja, komputer riba, telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak,” katanya.

 

Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang menceritakan, anaknya Koshni pada mulanya tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil menghunus parang.

 

Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.

 

“Anak saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek. Mereka juga cederakan tangannya dan ugut sembelih lehernya jika tidak ditunjukkan tempat simpanan barang berharga.

 

“Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung Koshini dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan agak tenang, dia berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi saya memaklumkan kejadian itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jerantut.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla